Showing posts with label makanan seimbang. Show all posts
Showing posts with label makanan seimbang. Show all posts

Friday, 9 November 2012

Makanan Seimbang


Makanan Seimbang



Makanan seimbang merupakan makanan yang mengandungi nutrisi yang mencukupi seperti karbohidrat, protein, vitamin, serat, dan lemak.
Kita seharusnya mengambil makanan yang seimbang dalam setiap hidangan untuk memastikan tubuh badan kita berfungsi dengan normal dan baik. 
Makanan yang seimbang mampu memberikan kita tenaga yang mencukupi bagi keperluan untuk melakukan aktiviti seharian.
Makanan yang seimbang juga dapat membantu dalam proses pembesaran, dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. 

Amalan pemakanan yang sihat merupakan salah satu faktor yang penting ke arah mengekalkan kesihatan tubuh badan.


Makanan seimbang seharusnya memberi :
i. Tenaga makanan yang mencukupi
ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
iii. Kandungan fiber yang mencukupi
iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.


Makanan ini terdiri dari tiga kumpulan iaitu makanan yang dapat:
  • memberi tenaga
  • membantu tumbesaran
  • menyihatkan badan

Sumber : Diperoleh daripada kerja kursus pelajar UPSI, kursus Pendidikan Kemahiran Hidup

Wednesday, 7 November 2012

Piramid Makanan



Apa itu piramid makanan ?

Piramid makanan merupakan panduan bagi memilih makanan secara sihat. Makanan yang dimakan seharian perlu diambil paling banyak daripada kumpulan makanan di bahagian paling bawah Piramid, dan paling sedikit daripada kumpulan makanan di bahagian paling atas. Piramid Makanan mengandungi makanan yang dibahagikan kepada lima kumpulan berasaskan kepada kandungan zat dan fungsinya.


Piramid Makanan dibahagikan kepada EMPAT aras :


ARAS 1:

Bijirin, Hasil Bijirin dan Ubi-ubian

  • Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama.
  • Makanan ini juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protein. Di dalam setiap hidangan, makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak. 
  • Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, mi, mihun, roti, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, biskut, dan ubi keledek, keladi dan kentang.


ARAS 2

Sayur-sayuran dan Buah-buahan

  • Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di Aras 2 Piramid Makanan. 
  • Makanan ini kaya dengan vitamin, mineral dan serat. 
  • Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan.


ARAS 3

Daging, Ayam, Ikan dan Kekacang

  • Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan.
  • Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. 
  • Pilihlah daging yang rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. 
  • Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat. Contoh kekacang adalah kacang soya, kacang dhal dan kacang merah.

Hasil Tenusu
  • Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid.
  • Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. 
  • Plihlah hasil tenusu rendah lemak.
  • Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih.


ARAS 4

Lemak, Minyak dan Gula
  • Lemak, minyak dan gula, dan makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 Piramid.
  • Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan.