Thursday 22 November 2012

Cadangan Makanan Berkhasiat

Setelah mampelajari makanan berkhasiat, kali ini kita akan mencadangkan beberapa jenis makanan yang berkhasiat untuk sarapan, makan tengah hari, dan malam bagi murid-murid sebagai rujukan. 


A) Makanan Berkhasiat Untuk Hidangan Sarapan Pagi


Bijirin 


Roti 


Telur 


Susu

B) Makanan Berkhasiat Untuk Makan Tengah Hari



Sayur 


Mi 



Ikan 


Buah-buahan 


C) Makanan Berkhasiat Untuk Makan Malam


Nasi


Ayam


Sayur


Buah-buahan

Wednesday 21 November 2012

Makanan Yang Menyihatkan Badan

MAKANAN YANG MENYIHATKAN BADAN


  1. Makanan jenis ini adalah makanan yang membekalkan tubuh dengan bahan-bahan yang mengekalkan semua perjalanan organ di dalamnya. 
  2. Ia mencegah tubuh daripada menghidap penyakit. 
  3. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan.

Berikut ialah contoh makanan yang menyihatkan badan :


Gambar 1 : Lobak 


Gambar 2 : Sawi
 

Gambar 3 : Tembikai
 


Gambar 4 : Betik

Tuesday 20 November 2012

Makanan yang membantu tumbesaran

MAKANAN YANG MEMBANTU TUMBESARAN


  1. Protein adalah salah satu nutrisi dalam makanan yang dapat membantu dan proses tumbesaran tubuh badan. 
  2. Protein dapat membina sel-sel atau jaringan tisu dalam badan kita.
  3. Antara makanan yang banyak mengandungi kandungan protein termasuklah ikan, ketam, kepah, sotong, ayam, itik, dan lembu. 
  4. Kekurangan sumber protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang termasuk pembentukan otot. 
  5. Kekurangan protein juga akan mempengaruhi pembentukan darah dan hal ini akan menyebabkan badan menjadi lesu.

Berikut adalah contoh makanan yang membantu tumbesaran :

Gambar 1 : Susu 


Gambar 2 : Ikan


Gambar 3 : Telur 




Gambar 4 : Daging


Monday 19 November 2012

Makanan Yang Memberi Tenaga

MAKANAN YANG MEMBERI TENAGA


  1. Di Malaysia tenaga 50-60% penduduk didapati daripada nasi. 
  2. Selain itu, makanan lain yang menghasilkan tenaga termasuk semua jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras, bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu, kentang dan lain-lain.
  3. Makanan lain yang menghasilkan tenaga adalah makanan yang mengandungi gula seperti gula pasir, sirap, jem dan madu.
Berikut ialah contoh makanan yang memberi tenaga:


Gambar 1 : Nasi 

Gambar 2 : Ubi Kentang


Gambar 3 : Mi 


Gambar 4 : Roti 

Friday 9 November 2012

Makanan Seimbang


Makanan Seimbang



Makanan seimbang merupakan makanan yang mengandungi nutrisi yang mencukupi seperti karbohidrat, protein, vitamin, serat, dan lemak.
Kita seharusnya mengambil makanan yang seimbang dalam setiap hidangan untuk memastikan tubuh badan kita berfungsi dengan normal dan baik. 
Makanan yang seimbang mampu memberikan kita tenaga yang mencukupi bagi keperluan untuk melakukan aktiviti seharian.
Makanan yang seimbang juga dapat membantu dalam proses pembesaran, dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. 

Amalan pemakanan yang sihat merupakan salah satu faktor yang penting ke arah mengekalkan kesihatan tubuh badan.


Makanan seimbang seharusnya memberi :
i. Tenaga makanan yang mencukupi
ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
iii. Kandungan fiber yang mencukupi
iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.


Makanan ini terdiri dari tiga kumpulan iaitu makanan yang dapat:
  • memberi tenaga
  • membantu tumbesaran
  • menyihatkan badan

Sumber : Diperoleh daripada kerja kursus pelajar UPSI, kursus Pendidikan Kemahiran Hidup

Thursday 8 November 2012

Jenis Makanan Yang Berkhasiat


Contoh-contoh makanan berkhasiat 
Antara contoh makanan berkhasiat :

a) Mi
b) Daging
c) Ubi Kentang
d) Ikan
e) Nasi

Wednesday 7 November 2012

Piramid Makanan



Apa itu piramid makanan ?

Piramid makanan merupakan panduan bagi memilih makanan secara sihat. Makanan yang dimakan seharian perlu diambil paling banyak daripada kumpulan makanan di bahagian paling bawah Piramid, dan paling sedikit daripada kumpulan makanan di bahagian paling atas. Piramid Makanan mengandungi makanan yang dibahagikan kepada lima kumpulan berasaskan kepada kandungan zat dan fungsinya.


Piramid Makanan dibahagikan kepada EMPAT aras :


ARAS 1:

Bijirin, Hasil Bijirin dan Ubi-ubian

  • Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama.
  • Makanan ini juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protein. Di dalam setiap hidangan, makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak. 
  • Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, mi, mihun, roti, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, biskut, dan ubi keledek, keladi dan kentang.


ARAS 2

Sayur-sayuran dan Buah-buahan

  • Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di Aras 2 Piramid Makanan. 
  • Makanan ini kaya dengan vitamin, mineral dan serat. 
  • Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan.


ARAS 3

Daging, Ayam, Ikan dan Kekacang

  • Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan.
  • Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. 
  • Pilihlah daging yang rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. 
  • Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat. Contoh kekacang adalah kacang soya, kacang dhal dan kacang merah.

Hasil Tenusu
  • Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid.
  • Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. 
  • Plihlah hasil tenusu rendah lemak.
  • Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih.


ARAS 4

Lemak, Minyak dan Gula
  • Lemak, minyak dan gula, dan makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 Piramid.
  • Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan.